Tuesday, April 9, 2013

Siapakah di HATI mu?


Pesakit di Burn Ward tadi telah 'bertukar' menjadi San Goku Dragonball sejurus selepas Ketamine sedation. Dia juga telah melancarkan serangan tenaga "Kamehameha" terhadap pasukan misi & doktor yang sedang melakukan dressing pada lukanya. Padahal sebelum itu dia hanya mampu terlantar.


Lalu saya terkenangkan pesakit saya badan penuh bertatu 2 tahun lepas yang asyik meminta saya memulangkan pistolnya sewaktu dia menjalani pembedahan dengan Propofol sedation. Dan juga seorang Hajjah yang asyik mencarut-carut sejurus selepas pembedahan.

Bunyinya lucu. Namun keadaan minda semasa dibawah sedar banyak dipengaruhi oleh perangai sebenar ketika bersendirian. Agak saya, pesakit pertama adalah penggemar anime (dia mengaku kemudiannya), pesakit kedua mungkin penggemar senjata (tak berani pula saya bertanya), pesakit ketiga mungkin mengalami tekanan perasaan, disamping mempunyai kosa kata yang berwarna-warni (dia banyak termenung setelah sedar). Agak sayalah. Allah jua yang lebih mengetahui.

Keadaan kita ketika SAKARATUL MAUT adalah di bawah sedar. Apa dan siapa agaknya yang berada di hati kita ketika itu? Adakah wang yang berkepuk? Atau jongkong emas yang berkilau? Atau anak-anak yang jauh?

Yang pasti, itulah saat terakhir yang menentukan alam kekal kita. Jika selain dari Allah yang berada di hati, alangkah celakanya, alangkah malangnya!

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete