Tiap kali cuti sekolah, perkara yang membuatkan aku fobia ialah bila kena bertugas di Paediatric ICU, atau nama lainnya Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak. Sebabnya masa cuti sekolah admission ke ICU sini memang menjadi-jadi. Semacam ada jemputan karnival kanak-kanak pula di sini. Kalau yang masuk tu regular customer macam child with chronic lung or heart disease boleh dimaafkan lagi. Tapi kebanyakannya yang masuk adalah pesakit baru yang dulunya sihat walafiat tapi menemui kemalangan di rumah atau di jalanraya semasa ibubapa berlumba-lumba balik kampung.
Ini realiti yang agak pahit untuk aku telan. Kebanyakan kemalangan terjadi di rumah, di mana ibu bapa kandung sendiri yang jaga. Macam mana tu??
Aku dengan rasa tebal muka terpaksa tabik spring pada guru-guru dan penjaga taska kerana walaupun mereka menjaga lebih ramai kanak-kanak, namun peratusan yang tercedera semasa dalam jagaan mereka amatlah rendah. Ini fakta benar.
Ada yang near drowning masa terjun senyap-senyap di swimming pool rumah sendiri (mak sibuk baca majalah, maid sibuk bergossip), ada yang melecur teruk sebab tergolek dalam kuali minyak panas masa mak sibuk memasak (tak cukup bahan masakan agaknya).
Tapi dalam banyak-banyak kes, paling aku tak boleh lupa ialah peristiwa dua orang kanak-kanak yang terkena renjatan letrik dalam 3-4 tahun lepas. Aku namakan dia Suresh dan Sonia. Mereka yang berumur 10 dan 9 tahun itu berkawan rapat dan sering bermain bersama-sama. Banyak versi cerita kejadian kebakaran tersebut. Yelah, bila orang ramai jumpa, budak-budak tu tengah menggelupur separuh hangus, macam mana nak cerita ye dak.
Ada yang kata semasa Suresh cuba mendapatkan layang-layang yang tersangkut kat pencawang utama kabel elektrik; dia direnjat elektrik, Sonia yang berada berhampiran menunggang basikal pun turut direnjat sama. Cerita versi lain pulak, kata ada 3 melayu dewasa (drug addict ke apa) nak curi kabel kat pencawang, pastu disuruhnya Suresh yang sedang bermain berdekatan tolong ambilkan. Sebabnya ada 3 lelaki dewasa lain turut terbakar akibat renjatan pada masa yang sama. Apa terjadi sebenarnya, hanya Tuhan yang tahu. Pendek kata, budak-budak lurus bendul Suresh dan Sonia telah berada di tempat yang salah pada masa yang salah.
Suresh masuk Paeds ICU dengan 90% burn, on life support machine. Ikutkan macam 100% sebab takde tempat yang tak terbakar pun. Kalau semua kuku dia dah hitam hangus, korang bayangkan kulit dia macam mana pula. Pendek kata dia terbakar teruk sampai satu bilik berbau asap. Sonia pulak cuma 25% burn sahaja, tapi melibatkan dada dan kedua-dua belah tangan. Dia yang agak stabil ditempatkan di Burn Unit, tanpa perlu life support.
Setelah lebih seminggu di hospital, peluang Sonia untuk sembuh dan pulang ke rumah amatlah cerah. Namun keadaan Suresh pula semakin teruk; lukanya semakin busuk. Dia sendiri tak pernah bergerak waimma mengerlip kelopak mata sekali pun. Rupanya memang persis mayat bernyawa. Ibu dia sendiri tak pernah melawat gara-gara pertama kali tengok sahaja dia sudah pengsan. Hanya bapa dan saudara-mara lain sahaja yang berani masuk ke biliknya. Staf ICU dan doktor yang menjaga dia terpaksa bernafas melalui mulut akibat tidak tahan bau bilik Suresh. Keadaan dia waktu itu amatlah meruntun hati sesiapa saja yang melihat dia. Dalam hati tak putus-putus kami berdoa agar dia pergi segera dengan tenang.
Satu malam, tiba2 kami dikejutkan dengan panggilan daripada Burn Unit mengatakan Sonia tak sedarkan diri secara tiba2. Mungkin disebabkan nosocomial sepsis, mungkin juga fatal arrhythmia disebabkan myocardial injury (sering dikaitkan dengan electrical shock). Usaha menyelamatkan dia tak berhasil, Sonia meninggal dunia 2 jam kemudiannya.
Nun di ICU kami dikejutkan pula dengan berita lebih menggemparkan. Suresh tiba-tiba bangun dari katil, duduk dan cuba berdiri, hampir jatuh dari katil. Bayangkan orang yang menyerupai mayat rentung, semenjak masuk tidak bergerak, heavily sedated on life support machine tiba2 duduk dan hampir terjun dari katil. Memang misi-misi yang mengawasi dia terperanjat besar malah bertempiaran lari keluar dari bilik ketakutan. Peristiwa itu terjadi serentak semasa Sonia sedang bergelut dengan nyawa di Burn Unit seberang sana. Namun beberapa jam selepas itu, Suresh juga menemui ajalnya.
Keesokan hari, bila ICU Consultant diberitahu mengenai kejadian malam tadi, berleter panjang dia pada misi yang cabut lari itu. "Kamu ni, tak saintifik langsung. Ada pulak kamu cabut lari, nasib baik budak tu tak jatuh katil. Jangan percaya benda tahyul macam tu!" Doktor yang on call kelmarinnya hanya berdiam diri. Mungkin kerana lega tak dimarah sama kerana pada waktu kejadian dia sibuk menyelamatkan Sonia di unit sana. Mungkin juga lega tak dihantui drama seram di ICU sini.
Aku sendiri tak dapat menerangkan hal sebenar yang terjadi. Telepati sesama kawan rapat mungkin menjangkaui masa dan tempat.
Semoga kamu tenang di syurga sana Suresh dan Sonia. Teruskan bermain layang-layang berdua dengan aman.
Tulisan aku hari ini adalah berkisar mengenai ketuhanan. Tiba2 aje kan. Sebabnya aku perasan semakin ramai melayu yang lahir muslim kini mengaku dirinya atheist. Ada juga yang masih dalam mode denial, lalu mengaku agnostic. Agnostic theist atau agnostic atheist? Wallahu a'lam. Mungkin kerana tak nampak jalan, mungkin juga suka sindrom atas pagar; now you're muslim, now you're not. Ala2 Chipsmore gitu.
Macam2 hujah mereka. Ada yang kata, kalau Tuhan wujud, kenapa dia tak menunjukkan diriNya? Puak2 melayu muslim pun menjawab macam2 juga. Ada yang kata Allah (swt) tu Maha Mulia, Maha Grand. Jadi tak sesuai la Dia nak menunjukkan diri pada hambaNya yang hina. Ada juga yang kata, cukuplah Allah (swt) menghantar pesuruhNya; iaitu rasul2 terdahulu dan juga Muhammad (s.a.w) untuk menjadi contoh hamba yang taat.
Aku yang tak berapa pandai ni kata walaupun kita tak nampak Tuhan, tapi kewujudan ciptaan Tuhan ni dah cukup untuk membuktikan kewujudanNya. Contohnya; kau beli kereta. Vios kononnya. Pernah kah kau terfikir yang Vios ni wujud dengan sendirinya? Yang tiba2 je Vios tu boleh muncul tercongok dalam showroom? Kalau ada yang fikir macam tu, meh sini aku nak bagi satu lempangan padu. Perlukah kau tengok pekerja2 kilang Toyota sendiri, atau nak lebih yakin, jumpa sendiri Kiichiro Toyoda San; baru lah kau percaya yang Vios ni ada inventor dia? Sedangkan kereta yang kompleks strukturnya ada orang yang buat, takkanlah manusia, atau binatang, atau tumbuh2an yang berjuta2 kali lebih kompleks boleh wujud dengan sendirinya?
Pendek kata, kalau tiba2 aku terdengar deruman enjin kereta kat luar tingkap, aku tak perlu nak check apa benda yang keluarkan bunyi sebegitu. Tau dah, itu deruman enjin kereta.
Kalau aku nampak matahari, bulan bintang, tak perlu aku kena nampak Pencipta dia untuk percaya. Tau dah, ada Tuhan yang mencipta.
Cuba kau amik pasir sebaldi, pastu kau bubuhla arang ke, batu kapur ke, baja nitrogen (sebagai asas formasi DNA; carbon, nitrogen, phosphate). Lepas sebulan kau rasa ada apa2 binatang tak yang keluar kat situ? Kalau pasir tu ada telur cacing atau benih pokok, mungkin benda2 tu keluar. Kalau pasir tu takde sumber hidupan, sampai kau tua bongkok, takkan ada apa2 yang keluar kat situ. Senang cerita, manusia tak mampu nak cipta hatta amoeba, protozoa yang simple tu sekalipun.
Satu lagi. Tentang evolusi manusia dan teori Charles Darwin. Bila Melayu Atheist keluarkan statement "Kalau dah manusia berasal daripada beruk, terima je lah. Kan saintis cakap macam tu!" Punyelah melayu muslim marah. Tak perlu kita meloncat. Darwinism theory berpendapat yang semua hidupan di muka bumi berasal daripada satu induk (common ancestor). Ikan, pokok, mamalia semua dari induk yang sama, dan semua hidupan wujud dengan sendiri secara semula jadi. Well, namanya pun teori. Pasti lah ada penemuan baru, teori baru kemudiannya. Sama lah macam Dalton's Atomic Theory. Sekarang dah pun disangkal dengan teori atom moden. Darwinism theory sesetengahnya masih releven iaitu tentang "Natural Selection", seperti juga teori Dalton itu yang tetap disebut dalam sejarah atom.
Aku bukanlah saintis, atau orang yang rajin nak citing scientific articles beribu2 tu. The latest paleoanthropology updates about human evolution is mostly about mDNA nowadays. Mitochondrial DNA. mDNA yang kau warisi berasal daripada ibu kau sahaja, without recombination (patutlah syurga dibawah redha ibu). Mitochondria adalah pusat janakuasa tenaga yang supply ATP which is the energy currency in the body. Bayangkan kalau kau takde mitochondria. Serupa mati jawabnya.
Berbalik kepada mDNA tadi. Oleh kerana mDNA berasal daripada ibu, jadi saintis mengesan mDNA manusia moden secara random dan memadankan ia dengan fosil2 manusia purba yang dijumpai (dengan segala susah payahnya sebab degradation of fossil's DNA). Hasilnya mereka dapati yang mDNA manusia yang sepadan telah dikesan berhenti setakat Homo sapiens sapiens (iaitu modern human anatomically). The mDNA sepadan yang dikesan tu berhenti pada Mitochondrial Eve yang hidup pada 200,000 tahun lalu dan berasal dari South Africa.
Kesimpulan aku, kalaulah kita berasal daripada Hominidae species yang lain (homo erectus, neanderthals etc), pastilah mDNA kita akan dikesan di merata2 dunia 2 juta tahun yang lalu. Modern human berasal dari satu tempat iaitu Afrika Selatan, menunjukkan yang ibu kita seorang sahaja, ibu yang sama. Ada teori lain yang menyangkal teori asal Mitochondrial Eve tetapi semua masih dalam kajian. Walaupun begitu, Mitochondrial Eve itu sememangnya nyata dan terbukti.
Kau boleh memilih utk tunggu hasil kajian selanjutnya untuk percaya yang kita berasal dari Adam dan Hawa. Tapi kitab terakhir dah pun menyatakannya. Dan aku percaya kitab terakhir itu sepenuhnya.
It is not for the sun to overtake the moon, nor does the night outstrip the day. They all float, each in an orbit. (36:40)
Ayat ini turun pada Rasul (saw) yang ummiy (illiterate) beratus tahun sebelum saintis moden berjaya membuktikan tentang bima sakti dan peredaran bintang2.
Apa pun, kalau ada yang masih nak menyangkal kewujudan Allah (swt) dengan membombard tulisan aku yang tak berapa scientific ni, aku rasa sukati korang lah. Aku dengan agama aku, dan kau dengan agama (atau tiada agama) kau.
You shall have your religion and I shall have mine. (109:6)
Neighbour aku Amy yang hari2 sembah kat tokong depan rumah dia pun tak pernah ganggu aku dan vice versa.