Ini realiti yang agak pahit untuk aku telan. Kebanyakan kemalangan terjadi di rumah, di mana ibu bapa kandung sendiri yang jaga. Macam mana tu??
Aku dengan rasa tebal muka terpaksa tabik spring pada guru-guru dan penjaga taska kerana walaupun mereka menjaga lebih ramai kanak-kanak, namun peratusan yang tercedera semasa dalam jagaan mereka amatlah rendah. Ini fakta benar.
Ada yang near drowning masa terjun senyap-senyap di swimming pool rumah sendiri (mak sibuk baca majalah, maid sibuk bergossip), ada yang melecur teruk sebab tergolek dalam kuali minyak panas masa mak sibuk memasak (tak cukup bahan masakan agaknya).
Tapi dalam banyak-banyak kes, paling aku tak boleh lupa ialah peristiwa dua orang kanak-kanak yang terkena renjatan letrik dalam 3-4 tahun lepas. Aku namakan dia Suresh dan Sonia. Mereka yang berumur 10 dan 9 tahun itu berkawan rapat dan sering bermain bersama-sama. Banyak versi cerita kejadian kebakaran tersebut. Yelah, bila orang ramai jumpa, budak-budak tu tengah menggelupur separuh hangus, macam mana nak cerita ye dak.
Ada yang kata semasa Suresh cuba mendapatkan layang-layang yang tersangkut kat pencawang utama kabel elektrik; dia direnjat elektrik, Sonia yang berada berhampiran menunggang basikal pun turut direnjat sama. Cerita versi lain pulak, kata ada 3 melayu dewasa (drug addict ke apa) nak curi kabel kat pencawang, pastu disuruhnya Suresh yang sedang bermain berdekatan tolong ambilkan. Sebabnya ada 3 lelaki dewasa lain turut terbakar akibat renjatan pada masa yang sama. Apa terjadi sebenarnya, hanya Tuhan yang tahu. Pendek kata, budak-budak lurus bendul Suresh dan Sonia telah berada di tempat yang salah pada masa yang salah.
Suresh masuk Paeds ICU dengan 90% burn, on life support machine. Ikutkan macam 100% sebab takde tempat yang tak terbakar pun. Kalau semua kuku dia dah hitam hangus, korang bayangkan kulit dia macam mana pula. Pendek kata dia terbakar teruk sampai satu bilik berbau asap. Sonia pulak cuma 25% burn sahaja, tapi melibatkan dada dan kedua-dua belah tangan. Dia yang agak stabil ditempatkan di Burn Unit, tanpa perlu life support.
Setelah lebih seminggu di hospital, peluang Sonia untuk sembuh dan pulang ke rumah amatlah cerah. Namun keadaan Suresh pula semakin teruk; lukanya semakin busuk. Dia sendiri tak pernah bergerak waimma mengerlip kelopak mata sekali pun. Rupanya memang persis mayat bernyawa. Ibu dia sendiri tak pernah melawat gara-gara pertama kali tengok sahaja dia sudah pengsan. Hanya bapa dan saudara-mara lain sahaja yang berani masuk ke biliknya. Staf ICU dan doktor yang menjaga dia terpaksa bernafas melalui mulut akibat tidak tahan bau bilik Suresh. Keadaan dia waktu itu amatlah meruntun hati sesiapa saja yang melihat dia. Dalam hati tak putus-putus kami berdoa agar dia pergi segera dengan tenang.
Satu malam, tiba2 kami dikejutkan dengan panggilan daripada Burn Unit mengatakan Sonia tak sedarkan diri secara tiba2. Mungkin disebabkan nosocomial sepsis, mungkin juga fatal arrhythmia disebabkan myocardial injury (sering dikaitkan dengan electrical shock). Usaha menyelamatkan dia tak berhasil, Sonia meninggal dunia 2 jam kemudiannya.
Nun di ICU kami dikejutkan pula dengan berita lebih menggemparkan. Suresh tiba-tiba bangun dari katil, duduk dan cuba berdiri, hampir jatuh dari katil. Bayangkan orang yang menyerupai mayat rentung, semenjak masuk tidak bergerak, heavily sedated on life support machine tiba2 duduk dan hampir terjun dari katil. Memang misi-misi yang mengawasi dia terperanjat besar malah bertempiaran lari keluar dari bilik ketakutan. Peristiwa itu terjadi serentak semasa Sonia sedang bergelut dengan nyawa di Burn Unit seberang sana. Namun beberapa jam selepas itu, Suresh juga menemui ajalnya.
Keesokan hari, bila ICU Consultant diberitahu mengenai kejadian malam tadi, berleter panjang dia pada misi yang cabut lari itu. "Kamu ni, tak saintifik langsung. Ada pulak kamu cabut lari, nasib baik budak tu tak jatuh katil. Jangan percaya benda tahyul macam tu!" Doktor yang on call kelmarinnya hanya berdiam diri. Mungkin kerana lega tak dimarah sama kerana pada waktu kejadian dia sibuk menyelamatkan Sonia di unit sana. Mungkin juga lega tak dihantui drama seram di ICU sini.
Aku sendiri tak dapat menerangkan hal sebenar yang terjadi. Telepati sesama kawan rapat mungkin menjangkaui masa dan tempat.

No comments:
Post a Comment