Thursday, March 8, 2012

Berkenaan Tuhan dan Evolusi Manusia. Serius sikit.

Tulisan aku hari ini adalah berkisar mengenai ketuhanan. Tiba2 aje kan. Sebabnya aku perasan semakin ramai melayu yang lahir muslim kini mengaku dirinya atheist. Ada juga yang masih dalam mode denial, lalu mengaku agnostic. Agnostic theist atau agnostic atheist? Wallahu a'lam. Mungkin kerana tak nampak jalan, mungkin juga suka sindrom atas pagar; now you're muslim, now you're not. Ala2 Chipsmore gitu.


Macam2 hujah mereka. Ada yang kata, kalau Tuhan wujud, kenapa dia tak menunjukkan diriNya? Puak2 melayu muslim pun menjawab macam2 juga. Ada yang kata Allah (swt) tu Maha Mulia, Maha Grand. Jadi tak sesuai la Dia nak menunjukkan diri pada hambaNya yang hina. Ada juga yang kata, cukuplah Allah (swt) menghantar pesuruhNya; iaitu rasul2 terdahulu dan juga Muhammad (s.a.w) untuk menjadi contoh hamba yang taat.


Aku yang tak berapa pandai ni kata walaupun kita tak nampak Tuhan, tapi kewujudan ciptaan Tuhan ni dah cukup untuk membuktikan kewujudanNya. Contohnya; kau beli kereta. Vios kononnya. Pernah kah kau terfikir yang Vios ni wujud dengan sendirinya? Yang tiba2 je Vios tu boleh muncul tercongok dalam showroom? Kalau ada yang fikir macam tu, meh sini aku nak bagi satu lempangan padu. Perlukah kau tengok pekerja2 kilang Toyota sendiri, atau nak lebih yakin, jumpa sendiri Kiichiro Toyoda San; baru lah kau percaya yang Vios ni ada inventor dia? Sedangkan kereta yang kompleks strukturnya ada orang yang buat, takkanlah manusia, atau binatang, atau tumbuh2an yang berjuta2 kali lebih kompleks boleh wujud dengan sendirinya?


Pendek kata, kalau tiba2 aku terdengar deruman enjin kereta kat luar tingkap, aku tak perlu nak check apa benda yang keluarkan bunyi sebegitu. Tau dah, itu deruman enjin kereta.
Kalau aku nampak matahari, bulan bintang, tak perlu aku kena nampak Pencipta dia untuk percaya. Tau dah, ada Tuhan yang mencipta.


Cuba kau amik pasir sebaldi, pastu kau bubuhla arang ke, batu kapur ke, baja nitrogen (sebagai asas formasi DNA; carbon, nitrogen, phosphate). Lepas sebulan kau rasa ada apa2 binatang tak yang keluar kat situ? Kalau pasir tu ada telur cacing atau benih pokok, mungkin benda2 tu keluar. Kalau pasir tu takde sumber hidupan, sampai kau tua bongkok, takkan ada apa2 yang keluar kat situ. Senang cerita, manusia tak mampu nak cipta hatta amoeba, protozoa yang simple tu sekalipun.


Satu lagi. Tentang evolusi manusia dan teori Charles Darwin. Bila Melayu Atheist keluarkan statement "Kalau dah manusia berasal daripada beruk, terima je lah. Kan saintis cakap macam tu!" Punyelah melayu muslim marah. Tak perlu kita meloncat. Darwinism theory berpendapat yang semua hidupan di muka bumi berasal daripada satu induk (common ancestor). Ikan, pokok, mamalia semua dari induk yang sama, dan semua hidupan wujud dengan sendiri secara semula jadi. Well, namanya pun teori. Pasti lah ada penemuan baru, teori baru kemudiannya. Sama lah macam Dalton's Atomic Theory. Sekarang dah pun disangkal dengan teori atom moden. Darwinism theory sesetengahnya masih releven iaitu tentang "Natural Selection", seperti juga teori Dalton itu yang tetap disebut dalam sejarah atom.


Aku bukanlah saintis, atau orang yang rajin nak citing scientific articles beribu2 tu. The latest paleoanthropology updates about human evolution is mostly about mDNA nowadays. Mitochondrial DNA. mDNA yang kau warisi berasal daripada ibu kau sahaja, without recombination (patutlah syurga dibawah redha ibu). Mitochondria adalah pusat janakuasa tenaga yang supply ATP which is the energy currency in the body. Bayangkan kalau kau takde mitochondria. Serupa mati jawabnya.


Berbalik kepada mDNA tadi. Oleh kerana mDNA berasal daripada ibu, jadi saintis mengesan mDNA  manusia moden secara random dan memadankan ia dengan fosil2 manusia purba yang dijumpai (dengan segala susah payahnya sebab degradation of fossil's DNA). Hasilnya mereka dapati yang mDNA manusia yang sepadan telah dikesan berhenti setakat Homo sapiens sapiens (iaitu modern human anatomically). The mDNA sepadan yang dikesan tu berhenti pada Mitochondrial Eve yang hidup pada 200,000 tahun lalu dan berasal dari South Africa.


Kesimpulan aku, kalaulah kita berasal daripada Hominidae species yang lain (homo erectus, neanderthals etc), pastilah mDNA kita akan dikesan di merata2 dunia 2 juta tahun yang lalu. Modern human berasal dari satu tempat iaitu Afrika Selatan, menunjukkan yang ibu kita seorang sahaja, ibu yang sama. Ada teori lain yang menyangkal teori asal Mitochondrial Eve tetapi semua masih dalam kajian. Walaupun begitu, Mitochondrial Eve itu sememangnya nyata dan terbukti.


Kau boleh memilih utk tunggu hasil kajian selanjutnya untuk percaya yang kita berasal dari Adam dan Hawa. Tapi kitab terakhir dah pun menyatakannya. Dan aku percaya kitab terakhir itu sepenuhnya.




It is not for the sun to overtake the moon, nor does the night outstrip the day. They all float, each in an orbit. (36:40)



Ayat ini turun pada Rasul (saw) yang ummiy (illiterate) beratus tahun sebelum saintis moden berjaya membuktikan tentang bima sakti dan peredaran bintang2. 


Apa pun, kalau ada yang masih nak menyangkal kewujudan Allah (swt) dengan membombard tulisan aku yang tak berapa scientific ni, aku rasa sukati korang lah. Aku dengan agama aku, dan kau dengan agama (atau tiada agama) kau. 




You shall have your religion and I shall have mine. (109:6)




Neighbour aku Amy yang hari2 sembah kat tokong depan rumah dia pun tak pernah ganggu aku dan vice versa. 



No comments:

Post a Comment